Koleksi corak-corak bunga kerawang 100% didalam format AI yang berkualiti tinggi. Dicadangkan khusus kepada pereka grafik, pereka laman web, jurugambar dan pencinta grafik. Pastikan hasil design dan rekabentuk yang anda buat lebih cantik dan menawan. The Kerawang Collection kini didatangkan didalam DVD yang akan dihantar terus ke lokasi anda.

The Kerawang Collection mula memasuki pasaran pada tahun 2007. Dalam 2 tahun berada dalam pasaran seramai lebih 3000 orang sudah memiliki The Kerawang Collection termasuk pelanggan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Pelanggan The Kerawang Collection terdiri dari graphic designer, web designer, photographer dan pencinta grafik.
Sekiranya anda seorang designer pastinya anda sudah sedia maklum dengan kualiti fail didalam format AI. Kalau dibersarkan sehingga sebesar mana yang anda mahu pun kualitinya tetap sama dan gambar tidak akan pecah. Jadi anda tidak akan mempunyai masalah design dengan grafik yang tidak berkualiti. Ini kerana kesemua fail dalam koleksi kerawang ini didalam bentuk vector. Dijamin 100% berkualiti tinggi.

Contoh diatas : ukuran saiz asal 50.491px X 51.02px dibesarkan kepada 15760.456px X 15925.435px.
Dengan kesemua koleksi corak dan rekaan design bunga kerawang pastinya akan menjadikan hasil kerja anda lebih cantik dan menarik. Harga berbaloi-baloi dan mampu milik untuk semua, hanya RM60 sahaja untuk 1 keping DVD bersaiz lebih 2,000 MB (2 Gig) akan menjadi milik anda. Rujuk sample untuk gambaran secara kasar sebahagian koleksi yang terdapat dalam DVD The Kerawang Collection

Adobe Illustrator versi CS atau keatas : Anda memerlukan perisian Adobe Illustrator untuk membuka dan edit file berformat AI dan beberapa file EPS yang diberikan dalam Bonus.
Adobe Photoshop versi CS atau keatas : Anda memerlukan perisian Adobe Photoshop untuk membuka file ABR iaitu file brushes yang diberikan dalam Bonus.
Design banner, bunting, flyers, pamplet, kad kahwin, website, album gambar, wallpaper, gambar dan macam-macam lagi. Semuanya khusus untuk mencantikkan design anda dengan rekabentuk menarik corak bunga kerawang.

Sila masukkan nama dan alamat email anda pada ruangan dibawah. Kami akan menghantar preview The Kerawang Collection terus ke email anda.
Pihak Kerawang.Net akan membuat penghantaran untuk setiap pembelian dengan menggunakan khidmad Pos Ekspres dari Pos Malaysia Berhad. Penghantaran akan dibuat setiap hari (kecuali cuti) pada sebelum jam 3.00 petang. Pesanan yang dibuat pada hari tersebut akan dihantar pada hari yang sama. Pesanan yang dibuat selepas jam 3.00 petang akan dihantar pada kesokan harinya.

Pihak Kerawang.Net akan menghantar email yang mengandungi nombor rujukan kepada pembeli selepas selesai membuat penghantaran. Biasanya pembeli akan menerima dalam tempoh 2-3 hari (tidak termasuk cuti).
DVD The Kerawang Collection siap sedia untuk dihantar kepada anda.
Tanpa ragu-ragu anda boleh mendapatkan segera The Kerawang Collection pada harga mampu milik RM60 sahaja. Kami akan menghantar DVD The Kerawang Collection ini ke alamat anda dengan kadar segera. Dapatkan Sekarang.
Anda dinasihatkan untuk meneliti dan memahami maklumat yang terkandung didalam laman web ini terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Pihak Kerawang.Net tidak menyediakan jaminan pulangan wang selepas membuat pembelian namun begitu pihak Kerawang.Net akan bertanggung jawab untuk setiap pembelian yang dilakukan. Kepada yang tidak mempunyai asas dalam rekabentuk grafik atau tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian seperti yang dicadangkan oleh Kerawang.Net atau tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan produk yang dijual oleh Kerawang.Net TIDAK digalakkan untuk membeli kerana pihak Kerawang.Net tidak menyediakan khidmat tutorial atau tunjuk ajar dalam perkara berkaitan. Anda digalakkan untuk merujuk FAQ sebelum membuat pembelian. |